Hidup tidak selalu nya indah kan? Kadang kita gembira kadang kita sedih. Kadang kita di bawah kadang kita di atas. Macam roda. Berpusing dan terus berpusing, tanpa henti. Semua itu pasti kita lalui. Bila diri terlalu gembira, kelak sedih pasti akan menyapa. Bila diri terlalu sedih, gembira pasti akan menegur. Kedua nya pasti akan datang mengusik. Itu lah rencah kehidupan. Jangan terlalu senang dengan kesenangan yang diperolehi, kerana kelak kesusahan pasti akan bertandang tanpa kita ingini. Dan jangan terlalu berduka dengan kesusahan yang sedang dialami, kerana sesungguh nya kita sedang di uji. Hidup di bumi, banyak yang telah kita lalui. Banyak yang telah kita pelajari. Banyak yang telah kita alami. Segala apa yang telah kita tempuhi, sama ada pahit atau manis, tetap pengalaman itu dijadikan iktibar, dijadikan sebagai satu pengajaran, bagi menempuhi hari hari yang mendatang. Kerana kesilapan yang dulu pasti tidak di ingini lagi untuk datang buat kedua kali.
No comments:
Post a Comment