Saturday, 24 March 2012

Love = Cinta

Love, Love, Love and Love. Perlu ke perasaan ni wujud dalam diri kita? Perlu ke kita berada di situasi tu? Perlu ke? Haha. Mimpi apa entah aku nak cakap pasal benda ni. Bosan la. Aku tulis jela apa apa dekat kau ye Za. :) Hah. Cinta. Eyh, perasan tak korang. Yang orang selalu cari cinta pada zaman remaja ni. Yela. Takkan nak cari cinta time budak budak lagi kan. Tapi ada je zaman sekarang budak budak dah cari cinta. Time sekolah. Istilah couple ni dah famous sangat dah waktu waktu sekolah ni kan. Tak kira la, setiap peringkat umur mesti ada dah yang couple couple ni. Entah la. Aku ngaku aku dulu ada jugak couple couple ni, tapi aku pun tak tahu kenapa aku couple time time sekolah dulu. Bila fikir balik, tak perlu pun sebenar nya. Haha. Biar lah. Benda dah lepas kan. Usah dikenang. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak perasan. Haha. Bla bla bla. Eyh, melalut dah aku ni. Okey balik pada topik asal aku ye. Orang cari cinta zaman remaja, jumpa cinta semua zaman remaja. MAYBE. Kebanyakan orang ye, tak semua orang. :) Ni semua berdasarkan pengalaman aku la. Mata aku sentiasa observe keadaan sekeliling tau. Haha. Hmm. Ada certain orang, bila dah jumpa someone special, hubungan dorang kekal sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Ada jodoh di antara mereka berdua kan. :) Tapi ada certain orang, hubungan nya tidak sampai ke situ. Sedih la kalau jadi macam ni kan. Aku pun sedih, takkan korang tak sedih kan. Yela. Masa bersama, macam macam kata manis keluar dari mulut. I sayang U sampai akhir nafas I lar. I takkan tinggalkan U la. I akan setia dengan U sampai I mati la. Eyh. Macam macam la ayat manis tu keluar. Tapi. Ending nya. Kau buat hal kau. Aku buat hal aku. FULLSTOP! Amboi. Macam tu ke sepatot nya? Eyh. Aku tak paham la kan. Wujud ke istilah 'Aku couple just nak hilangkan rasa boring je','Aku couple main main je, takda perasaan pun sebenar nya dekat dia tu'. Eyh HELLO! Takda perasaan ke orang yang macam ni? Kenapa nak dimainkan perasaan seseorang tu? Perlu ke? Suka tengok orang yang kau mainkan tu sedih menangis semua meratapi kau kan? Memang sah la kan. Orang macam ni langsung takda perasaan. Kalau rasa nak mainkan perasaan orang semua tu, baik tak payah cari la der. Buang masa, buang duit. Haih, emo lak aku kan. Tak memasal. Okey. Back to normal. Haha. Takda lah. Aku sensitive sikit la kan bab bab mainkan perasaan orang ni. Yela. Bukan ke tak baik tu. Cikgu tak ajarkan. Tetiba kan masuk cikgu bagai. Haha. :) Time time ni, orang mesti la cari someone for serious relationship. Yela. Masing masing dah besar kan. Dah ada perasaan. Tipu la korang taknak stay dengan pasangan korang sampai ke jinjang pelamin. Sebab setahu aku semua orang nak hubungan dorang kekal sampai ke akad nikah, ke sesuatu yang sah disisi ALLAH kan. :) InsyaALLAH. Kalau ada jodoh antara korang berdua, walau ke mana korang berdua pergi, sejauh mana pun korang berdua, satu hari pasti akan bersatu jugak. Trust me. :)So, conclusion nya. Jangan la cari someone untuk dimainkan perasaan nya. Cari la cinta yang betul betul, bukan sekadar main main, saja saja. Tapi kan. Korang tak payah cari bagai nak rak pun takpa. Sebab setiap manusia di dunia sudah DIA tetapkan berpasang pasangan. Adam untuk Hawa dan Hawa untuk Adam. Jodoh korang semua dah ditetapkan sejak korang dalam rahim ibu korang. Percaya la. Cinta itu pasti akan hadir. Cuma kita tak tahu bila ianya akan datang. Labuhkan la cinta kalian pada DIA, itu yang utama nya, sebelum kalian melabuhkan cinta kalian pada hamba Nya. Assalamualaikum. :)

Coklat Sedap ! ^^_


Aku suka makan chocolate. Chocolate suka makan aku. xD Sedap nya dapat makan chocolate. Serius sedap gila! Tak tipu. Awww! Nikmat nya bila chocolate mencair di dalam mulut. Mmmmmm. Sedap tak terkata. Yummy! Aku makan, dia cair dalam mulut, and then aku makan lagi, dia cair lagi. Terasa macam duduk dalam dunia sendiri bila engkau, chocolate, berada dalam mulut aku. Haha.

    

Gila sedap! I love you la chocolate! You make me fall in love with you more more and more.
C
H
O
C
O
L
A
T
E
^_^

 

Eyh. Chocolate. Kau tahu. Masalah aku semua hilang untuk sementara waktu bila aku terjah kau. Kau tau tak! Stress aku semua melayang, terbang pergi main jauh jauh dari aku bila kau mencair dalam mulut aku. Awww! Serious you make me stand in my own life. My own world. Dunia khayalan aku sendiri. Hehe.

  

Aku nak ni! Nak semua chocolate ni. Tolong hantar dekat aku sekarang semua chocolate ni. Post cepat! Pakai kargo tau. Beli kan aku satu dozen. Dalam masa seminggu aku habiskan. Haha. 

 

Nanti aku balik badan aku dah naik macam ni. Haha. Tidak ye anda anda sekalian. Coklat sebenar nya takda lah mengemokkan pon. Eyh. Ye ye je aku ni. Haha. Entah. Maybe kot. 


Ah. Peduli apa aku dengan semua itu. Yang penting aku dapat chocolate ni. Aku nak makan puas puas chocolate ni. Wah! Aku dah dapat bayangkan macam mana chocolate tu mencair dalam mulut aku lar. >_< Haha.
Sayang kau lar gila! 

!CHOCOLATE!

Friday, 23 March 2012

Me Heart You !


I Heart You !
I Miss You !
Just want to let you know that I'm thinking of you right now like always .
I cannot delete the memoir that we had together from my brain .
I cannot delete all about you from my heart .
It is because you are currently permanent .
You know that permanent things are very difficult to erase to delete .
That is because I keep thinking about you even in a second .
You are always in my mind .
Take care of yourself my dear .
Me heart you so much .


Thursday, 22 March 2012

Kisah Pokok Epal =)

 
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu. Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu. Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu. 

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu.

“Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka menangis kegembiraan.

<Renung renungkan>

Ibarat Roda .

 
Hidup tidak selalu nya indah kan? Kadang kita gembira kadang kita sedih. Kadang kita di bawah kadang kita di atas. Macam roda. Berpusing dan terus berpusing, tanpa henti. Semua itu pasti kita lalui. Bila diri terlalu gembira, kelak sedih pasti akan menyapa. Bila diri terlalu sedih, gembira pasti akan menegur. Kedua nya pasti akan datang mengusik. Itu lah rencah kehidupan. Jangan terlalu senang dengan kesenangan yang diperolehi, kerana kelak kesusahan pasti akan bertandang tanpa kita ingini. Dan jangan terlalu berduka dengan kesusahan yang sedang dialami, kerana sesungguh nya kita sedang di uji. Hidup di bumi, banyak yang telah kita lalui. Banyak yang telah kita pelajari. Banyak yang telah kita alami. Segala apa yang telah kita tempuhi, sama ada pahit atau manis, tetap pengalaman itu dijadikan iktibar, dijadikan sebagai satu pengajaran, bagi menempuhi hari hari yang mendatang. Kerana kesilapan yang dulu pasti tidak di ingini lagi untuk datang buat kedua kali. 

Sunday, 18 March 2012

Mata .

Mata. Eye. Eye. Mata. Haha. Apakah. Merepek sudah manusia pendek ni. Nope. Actually. Today, me miezahanum, want to talk about eye. About mata. ^_^
Mata itu sangat cantik. Sangat indah. Very beautiful. Alhamdulillah syukur kepada DIA. Aku dapat satu anugerah itu. Mata. Setiap orang lain bentuk mata nya. Ada bulat. Ada sepet. Ada kecil. Ada besar. Warna mata pun lain lain. Hitam coklat semua ada. Berbeza beza. Yela. Ikut genetic la katakan. Haha. So, lain orang lain cara pandang nya. Tak. Maksud aku, orang tu mata dia macam garang tapi sebenar nya dia tak garang pun. Hah. Macam mana ye. Hah. Kira nya, dari mata seseorang tu orang boleh tafsir macam macam la. Senang cakap. Macam tu la lebih kurang. Haha. Payah sangat. 
Dari mata ni, macam macam boleh buat, boleh tafsir, boleh translate. Haha. Apa la manusia pendek ni merepek kan. But betul la. Korang baca ni. First, dari lirikan mata korang korang ni boleh buat orang cair. Hah. Tak percaya cakap aku. Cuba korang try dekat siapa siapa la. Korang lirik mata korang dekat siapa siapa tu. Mesti cair punya. Maksud aku macam ni, contoh ye, sorang makwe buat macam tu dekat pakwe dia, confirm pakwe dia cair. Haha. Ajaran sesat aku ni. Takde la. Bukan macam tu. Tu dah kes bahaya. Jangan amalkan ye kawan kawan. Maksud aku lirikan mata seorang isteri pada suami tercinta. Lirikan ni dapat pahala tau wahai kaum Hawa. Betul. Tak tipu. So, aku nak simpan lirikan mata aku ni for the special someone. :) Second, dari mata boleh tahu perasaan someone. Dari mata seseorang tu kan, kita boleh tau orang tu menipu ke jujur ke dan sebagai nya. Tengok mata je dah tahu. Cuba try tenung mata someone, nak tahu dia jujur ke tak, kalau kita tenung mata dia lama lama dia dah start gelabah tak tentu pasal. Hah. Adalah tu. Haha. Betul ke. Maybe. Tu aku suruh cuba. Tapi betul la. Dari mata, korang boleh tahu tahap kejujuran seseorang tu. :) Next, dari mata kita dapat tahu emosi seseorang tu. Serious. The truth. From your eye, boleh nampak anda anda ni happy ke, sedih ke, penat ke, letih ke and sebagai nya. Haha. Korang tengok diri korang pun cukup la sebagai contoh. Pergi duduk depan cermin tu, tengok mata korang. Korang boleh tahu keadaan korang macam mana kan. Sedangkan orang lain tengok mata korang pun, dorang dah tahu korang tu letih, penat tak cukup tidur atau apa apa jela. Ni kan diri korang kan. :) 
So as conclusion nya. Mata kita ni kita guna untuk melihat. Melihat pada perkara yang baik baik je tau. Sebab mata itu merupakan salah satu amanah Allah pada kita. InsyaALLAH. Akan aku cuba jaga mata ini sebaik baik nya. :) 
Assalamualaikum :)

Monday, 12 March 2012

Wanita ! =)


Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"



Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang 
boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...


Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan 
kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan 
mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,


"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak 
sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh 
mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh 
menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona 
lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan 
pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa 
berharganya dia"


<salin&tampal>

Sunday, 11 March 2012

Bingkisan Doa :')

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.
YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Friday, 9 March 2012

Hati Itu .

"Aku wanita aku kaum Hawa yang memang rapuh hati nya".


Aku adalah seorang wanita, hadir ku dari golongan Hawa. Aku akui. Hati kaum Hawa itu sangat rapuh. Tidak kukuh binaan nya. Mungkin tiada konkrit dipacak bersama. Kerana itu ia mudah hancur. Mudah retak. Hati kaum itu mudah untuk tersentuh. Mudah untuk disentuh. Hati kaum itu sangat halus. Tidak diketahui betapa halus nya hati itu. Kerana itu. Hati itu mudah tersentuh. Mudah terasa dengan apa yang berlaku di sekeliling nya. Ada hati yang rapuh nya dapat dilihat secara terang. Ada juga hati yang rapuh nya tidak dapat dilihat. Tidak dapat diterokai. Hati itu dipanggil hati yang memendam. Hati yang tidak mahu hati lain tahu akan kerapuhan nya. Dipendam kerapuhan nya sehingga sarat. Sehingga ia sudah tidak mampu lagi memendam kerapuhan itu. Tidak kuat lagi untuk menampung kerapuhan itu. Lalu hanya satu sahaja yang dapat hati itu lakukan. Menangis. Hati itu akan menangis pabila ia sudah tidak kuat lagi untuk menyimpan kerapuhan itu. Menangis. Menangis. Dan terus menangis. Sehingga akhir nya hati itu akan merasa lega dengan sendiri nya. Tanpa bantuan dari hati hati lain. Hati itu memerlukan masa. Masa untuk tenang buat seketika. Lalu. Hati itu. Hati itu akan kembali pulih. Kembali pulih seperti biasa.

Thursday, 8 March 2012

Waktu ?



Aku perlu kan waktu .
Waktu untuk berfikir .
Waktu untuk menenangkan diri .
Waktu untuk bersendirian .
Waktu untuk mengerti apa yang sedang berlaku .
Waktu untuk memahami apa yang sedang aku lalui .
Waktu .
Waktu itu amat aku perlu kan.
Tapi . . .
Bila waktu itu akan hadir ?
Sekarang ? Esok ? Atau lusa ?

Tuesday, 6 March 2012

Izinkan aku .

Izinkan aku..
Izinkan aku untuk hadir dalam hidup mu..
Izinkan aku untuk menjadi suri dalam hidup mu..
Izinkan aku untuk mengetuk pintu hati mu..
Izinkan aku untuk menjadi suri di hati mu..


Izinkan aku..
Izinkan aku untuk bersama hidup dengan mu..
Izinkan aku untuk sentiasa berada di sisi mu..
Izinkan aku untuk menjadi penyeri hari hari mu..
Izinkan aku untuk menjadi penghibur duka lara mu..

Izinkan aku..
Izinkan aku untuk sentiasa menyayangi mu..
Izinkan aku untuk sentiasa merindui mu..
Izinkan aku untuk sentiasa menjaga mu..
Izinkan aku untuk sentiasa mengambil berat tentang diri mu..


Akhir sekali..
Izinkan aku..
Izinkan aku untuk mencintai mu..
Mencintai mu kerana DIA..
Kerana..
Tanpa DIA..
Tiada la cinta dari ku untuk mu.. 

Saturday, 3 March 2012

Rahmat Itu .

Dalam kedinginan.. dalam kesejukan.. duduk bersendirian.. mendengar rintihan si awan putih.. gugur airmata nya membasahi bumi kenyalang ini.. memberi kesegaran pada alam hijau, basah disirami air dingin.. sejuk rasa nya.. sehingga diri yang tidak menyentuh air itu turut rasa akan kesejukan.. apatah lagi mereka.. airmata itu sangat berharga.. turun tidak tetap waktu nya.. si awan putih sudah tidak berdaya.. sudah tidak berdaya untuk menampung airmata itu.. lalu ia laju jatuh turun ke bumi.. airmata si awan putih adalah hujan buat hidupan di bumi.. hujan dari Yang Esa buat makhluk NYA yang berada di bumi.. hujan itu merupakan rahmat dari Yang Esa.. jangan dipersoalkan akan kehadiran nya.. jangan dibebelkan akan kedatangan nya.. terima lah hadir nya dengan hati yang penuh rasa kesyukuran.. kerana ia akan sering hadir tanpa kalian ketahui bila hadir nya.. 
=> Allah Ta’ala berfirman:
وما أنزل الله من السماء من ماء فأحيا به الأرض بعد موتها
“Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya.” (QS. Al-Baqarah: 164)
=> Dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مِفْتَاحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي غَدٍ وَلَا يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي الْأَرْحَامِ وَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَمَا يَدْرِي أَحَدٌ مَتَى يَجِيءُ الْمَطَرُ
“Ada lima kunci ghaib yang tidak diketahui seorangpun kecuali Allah: Tidak ada seorangpun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, tidak ada seorangpun yang mengetahui apa yang terdapat dalam rahim, tidak ada satu jiwapun yang tahu apa yang akan diperbuatnya esok, tidak ada satu jiwapun yang tahu di bumi mana dia akan mati, dan tidak ada seorangpun yang mengetahui kapan turunnya hujan.” (HR. Al-Bukhari no. 1039)

Assalamualaikum.. :)

Perasaan Itu ?

Siapa yang tak pernah rasa perasaan itu.. perasaan yang membuatkan manusia itu gembira, bahagia, terasa seperti dunia ini mereka yang punya.. 
perasaan itu? perasaan yang tiba tiba hadir tanpa disangka sangka.. diri cuba untuk tafsir perasaan itu.. tapi buntu.. buntu.. sama ada ianya betul atau hanya suntikan makhluk yang bernama syaitan.. bila dua mata melihat dia, hati tak tenang, tak keruan.. berubah riak muka, berubah rentak di jantung.. dari normal ke laju.. apa maksud nya? adakah diri sudah 'terjatuh'? oh.. tidak! jangan dibiarkan manusia itu 'terjatuh'.. banyak halangan di depan nya kelak.. banyak yang perlu dijaga.. yang perlu dikawal.. dari sendiri menjadi pasangan.. dari menjaga satu hati menjadi dua hati yang perlu dijaga.. silap tutur nya, padah yang diterima.. silap perbuatan nya, padah juga yang diterima.. padah apakah? jiwa di kacau.. sakit pedih pilu sayu sedih.. semua bertandang tanpa di pelawa.. sama ada silap itu sengaja atau tanpa disengaja, padah itu pasti akan datang.. menyerang salah satu di antara dua hati itu.. kelak akan ada hati yang terluka.. yang merana.. derita.. 
tapi..
tidak semua begitu.. ada manusia yang bahagia dengan 'terjatuh' itu.. tiada padah yang datang bertandang.. walaupon ada silap nya, lesap pabila mereka berbincang.. hal yang kecil tidak diperbesarkan.. tidak diheboh hebohkan.. hal yang besar dibawa ke tengah untuk dibincangkan bersama.. lain manusia lain cara penerimaan nya.. lain cara menjalani nya.. lain cara penyelesaian nya.. berbeza..

Secebis kata : Jodoh dan pertemuan itu di tangan ALLAH.. suatu hari kedua perkara itu akan datang menemui kita.. mungkin bukan di waktu ini, tapi ia tetap akan datang, di waktu yang selanjut nya.. yakinlah akan ketentuan-NYA..

Assalamualaikum..:)

Friday, 2 March 2012

Bernilainya Air Itu =)

Menangis sering dikaitkan dengan perempuan.. "Perempuan ni sikit2 menangis, terasa je menangis".. bila seseorang itu menangis tak bermaksud diri dia 'cengeng' ok.. jangan salah tafsir erti menangis di sini.. menangis nya seorang perempuan kerana dia sudah cukup kuat untuk menahan sakit di dada, menahan apa yang dialami, menahan apa yang disimpan, menahan apa yang dipendam.. menangis langkah terakhir apabila diri sudah tidak lagi kuat untuk menampung kesakitan itu.. menangis merupakan salah satu cara untuk perempuan meluahkan perasaan mereka.. konklusi nya, fahamilah hati perempuan kerana berbeza nya kaum ini dengan kaum lelaki.. 

Cebisan kata :

"Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan.. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan"..

Assalamualaikum.. :)