Wednesday, 12 June 2013




Oh Allah, I'm not strong enough to face all these things. I'm really weak right now. I need strength, I need support to go through day by day. I know that You had a better plan for me. You knew the things that I didn't know. But right now, I just feel like want to cry all day long. Only You knew what had happened. Ease my way, make me strong. I really need Your help. Give me strength till the end. Just keep me strong till the last breath. Thanks Allah for always being there. Thanks a lot. 


Monday, 10 June 2013

Ramadhan tiba lagi !


Basmalah ditutur pembuka bicara, 
Assalamualaikum dititip permulaan kata, 
Sungguh diri hina lagilah dina, 
Tidak terlepas dari membuat dosa.

alhamdulillah, diri masih lagi diizinkan untuk menghirup udara segar di bumi nan indah ini. alhamdulillah, diri masih lagi diizinkan untuk menikmati panorama alam yang sungguh cantik ini. tiada ungkapan yang bisa diatur, tiada kata yang bisa ditutur. sungguh, hanya kata syukur senantiasa meniti di bibir atas nikmat yang diberi. tidak terkira betapa banyak yang telah diharungi. dari sebesar zarah hinggalah.. hanya DIA Yang Maha Mengetahui.  mudah mudahan diampunkan segalanya, mudah mudahan pintu itu masih terbuka untuk diri. 

"Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah akan menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Al-Ma'idah:39)

insyaAllah, dengan izin Yang Maha Kuasa, bulan itu pasti didatangi. hanya sebentar saja lagi. bulan yang penuh dengan barakah, yang penuh dengan keberkatan. kehadiran nya amatlah dinanti nanti. bulan yang dimana semua iblis digari. dari situlah ia menguji keimanan diri. menguji setiap nafsu dan gelora yang bertandang dihati. bulan yang teramatlah banyak keistimewaan nya. ganjaran yang diberi berlipat ganda dari kebiasaan nya. bulan di mana hadir nya satu malam yang bisa menggetarkan jiwa pabila diri melewati. malam Lailatul Qadar, moga dipertemukan kali ini. insyaAllah dengan izinNYA. 


“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara haq dan batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang berada pada bulan itu, maka hendaklah kamu berpuasa...” 
(Al-Baqarah:185)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?  Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar." 
(al-Qadr:1-5)

Saturday, 1 June 2013

" rasa itu "

Perasaan itu.. perasaan yang telah lama menghilang.. yang telah lama bersembunyi.. kini kembali datang menerjah diri.. tanpa ada rasa segan dan silu.. tanpa ada sedikit pun perasaan malu.. entah dari mana muncul nya.. detik bila kedatangan nya.. mengapa hadir nya dia.. tiada siapa ketahui dan tiada siapa bisa mengerti.. kerana hadir nya jugak tidak diri ketahui.. dalam diam ianya hadir, mengetuk kembali pintu yang telah lama berdiam sepi.. dalam diam, dalam senyap, dalam waktu yang entah bila masa nya, sungguh diri tidak pasti.. perlahan lahan ia menyusup ke dalam diri.. sungguh, diri tidak menduga akan kehadiran nya kali ini.. terkadang bibir mengukir senyuman secara tiba tiba.. semua nya disebabkan oleh muncul nya perasaan itu secara tidak sengaja.. tidak pasti apa yang akan berlaku kepada diri.. dan tidak pasti juga adakah perasaan itu benar wujud dan terus berada di dalam hati.. atau ianya hanya datang untuk beristirehat seketika.. kemudian berlalu pergi begitu sahaja.. seperti tiada arah tuju gaya nya.. bila dikenangkan, kelakar sungguh pabila diri terlibat dalam rencah sebegini.. kerana semua nya tiba tiba terjadi.. mencari sesuatu yang tak pasti.. menanti sesuatu yang tiada siapa ketahui.. termasuk lah diri sendiri.. mungkin ianya tidak perlu difikirkan lagi.. buat ketika ini.. sungguh, DIA lebih mengetahui apa yang tidak diri ketahui.. 

Wednesday, 8 May 2013


“Only once in your life, I truly believe, you find someone who can completely turn your world around. You tell them things that you’ve never shared with another soul and they absorb everything you say and actually want to hear more. You share hopes for the future, dreams that will never come true, goals that were never achieved and the many disappointments life has thrown at you. When something wonderful happens, you can’t wait to tell them about it, knowing they will share in your excitement. They are not embarrassed to cry with you when you are hurting or laugh with you when you make a fool of yourself. Never do they hurt your feelings or make you feel like you are not good enough, but rather they build you up and show you the things about yourself that make you special and even beautiful. There is never any pressure, jealousy or competition but only a quiet calmness when they are around. You can be yourself and not worry about what they will think of you because they love you for who you are. The things that seem insignificant to most people such as a note, song or walk become invaluable treasures kept safe in your heart to cherish forever. Memories of your childhood come back and are so clear and vivid it’s like being young again. Colours seem brighter and more brilliant. Laughter seems part of daily life where before it was infrequent or didn’t exist at all. A phone call or two during the day helps to get you through a long day’s work and always brings a smile to your face. In their presence, there’s no need for continuous conversation, but you find you’re quite content in just having them nearby. Things that never interested you before become fascinating because you know they are important to this person who is so special to you. You think of this person on every occasion and in everything you do. Simple things bring them to mind like a pale blue sky, gentle wind or even a storm cloud on the horizon. You open your heart knowing that there’s a chance it may be broken one day and in opening your heart, you experience a love and joy that you never dreamed possible. You find that being vulnerable is the only way to allow your heart to feel true pleasure that’s so real it scares you. You find strength in knowing you have a true friend and possibly a soul mate who will remain loyal to the end. Life seems completely different, exciting and worthwhile. Your only hope and security is in knowing that they are a part of your life.” 

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul :')

Saat aku menyelami setiap kata dalam kisah ini, hati ku tersentuh. Tanpa ku sedari, airmata ku mulai mengalir deras. Ya Allah Ya Tuhan ku, betapa mulia nya kekasih Mu, Muhammad S.A.W. Terasa seakan dekat aku dengan Nabi utusan Mu walau hakikat nya diri jauh sekali tidak pernah merasa saat bersama dengan baginda Rasulullah S.A.W. Melihat baginda mendengar suara baginda apatah lagi. Walau tidak pernah bertemu, betapa diri amat menyintai baginda Rasulullah S.A.W. Ya Allah, rindu nya hamba mu ini pada kekasih Mu.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" 

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. 

Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, 
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah." 

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" 

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. 

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. 

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: 

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya." 

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: 

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan? " Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!' 

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun agi seraya berkata: 

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, 
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Friday, 18 January 2013

PerIhal JIwa


Wahai hati,
Jangan lah mudah berkecil hati,
Jangan lah mudah terasa hati,
Kelak memakan diri,
Pasti diri sendiri yang rugi.

Wahai hati nan indah,
Usah lah dikau cepat melatah,
Kelak pasti patah,
Engkau hancur punah,
Tanpa penunjuk arah,
Menyesal tiada sudah.

Wahai jiwa yang sedang berkocak,
Reda lah dikau sebelum ia bertambah lecak,
Jangan biarkan ia menjadi retak,
Pasti pedih nya bertambah marak,
Bisa meracun diri kelak.

Wahai empunya diri,
Jangan biarkan bisikan itu meracuni,
Biar kan ia berlalu pergi,
Tanpa menoleh kembali,
Ke arah sesuatu yang tak pasti.


Monday, 14 January 2013

Seorang Wanita Solehah dan Mukminah :')


PERMAISURI Asiyah ialah isteri kepada Firaun. Beliau dikahwini oleh Firaun sejak kecil lagi, iaitu ketika berusia 12 tahun. Ketika Firaun sedang hebat melancarkan pembunuhan anak lelaki Bani Israel beramai-ramai, permaisuri Asiyahlah yang menyambut Nabi Musa ketika dihanyutkan di Sungai Nil dan menahan niat Firaun untuk membunuh baginda.
Nabi Musa diambil sebagai anak angkat oleh permaisuri Asiyah dan Firaun sendiri. Permaisuri Asiyah telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Akan tetapi permaisuri Asiyah menyembunyikan keimanannya daripada pengetahuan suaminya Firaun.
Lama kelamaan, Firaun mengetahui juga bahawa permaisurinya telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Firaun menjadi murka terhadap Permaisuri Asiyah.
Lalu Firaun pun pergi menemui ibu Permaisuri Asiyah dan menceritakan bahawa isterinya itu telah menderhakainya. Mendengar akan berita itu, ibu Permaisuri Asiyah datang menemuinya,
“Wahai anakku, ikut sahajalah kehendak Firaun itu,” kata ibunya.
“Aku tidak akan sekali-kali kufur terhadap Allah SWT,” jawab Permaisuri Asiyah.
Permaisuri Asiyah tetap dengan keputusannya iaitu mahu beriman kepada Allah SWT. Pujukan ibunya itu tidak berhasil. Firaun sangat marah, lalu diperintahkan para pegawainya menyalib Permaisuri Asiyah di tengah-tengah kota Misra. Firaun mahu penduduknya melihat bahawa dia sanggup menghukum sesiapa sahaja yang menderhakainya walaupun permaisurinya sendiri.
Permaisuri Asiyah digantung di atas palang dengan dipaku tangan dan kakinya. Alangkah terseksanya Permaisuri Asiyah ketika itu, namun Permaisuri Asiyah tetap bersabar dan tetap dengan pendiriannya mahu beriman kepada Allah SWT.
Firaun tidak boleh menahan sabar, lalu diperintahkan para pegawainya menambahkan seksaan ke atas Permaisuri Asiyah. Permaisuri Asiyah dipaksa memakan roti barli yang masin dan dikoyakkan kulit kakinya.
Nabi Musa juga menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Permaisuri Asiyah, lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah SWT agar Permaisuri Asiyah diberi rahmat oleh-Nya. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa dengan mengarak awan agar melindungi Permaisuri Asiyah daripada panas matahari.
Dalam kezaliman Firaun, permaisuri Asiyah berdoa: “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang sangat zalim.” Demikianlah doa yang hebat daripada seorang wanita bergelar permaisuri. Biarpun beliau mampu untuk kembali kepada agama Firaun dan menikmati kemewahan di istana, beliau menganggap bahawa kemewahan itu bersifat rapuh dan hanya untuk sementara. Cintanya kepada Allah jauh lebih kuat serta memohon syurga di sisi Tuhan Yang Maha Kekal.
Permaisuri Asiyah diseksa oleh Firaun sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Firaun telah memerintahkan para pengawalnya supaya melontarkan sebiji batu yang besar bagi mengakhiri hidup permaisuri Asiyah. Akan tetapi, Allah SWT telah mencabut roh permaisuri Asiyah sebelum batu itu mengenainya.
[ Petikan dari Kisah 366 daripada Al-Quran ]

Sunday, 13 January 2013

fIrst Entry fOr thE nEw yEAr ^_^

Assalamualaikum !
oLla guyS :D long time no see ha. miss me *winkwink* haih, lama nya lar tak meng'update' zAzA ni kan. sejak tinggal kan zaman asasi sampai lar dah masuk ke zaman degree ni, dah masuk tahun baru dah pun, dah berumur dua puluhan dah pun walaupun baru 13 hari lepas berumur sembilan belas, haih tak berkesempatan jugak, ehh bukan, tak rajin sebenar nya nak menaip menekan keyboard ni sambil nak memikir memerah otak ayat ayat yang gramatis puitis and yang sewaktu dengan nya lar kan. panjang kau membebel jahhh -,-" oittt zA, a lot of things tau nak story kat kau ni, banyak sangat. sedih ada, pahit ada, manis ada, suka ada, duka ada, masam pun ada jugak lar. phewwww. tapi, benda yang lepas usah di kenang kan, tak baik di ingat kan, tak perlu di teroka lagi memori yang lalu kan. hmm :) so, sekarang ni kita perlu pandang ke depan, usah berpatah balik berpusing balik ke masa lalu yang sememang nya tak perlu di patah balik kan pun. and now, kita perlu bukak buku baru, tutup buku lama k ;) 
bermula lah chapter pertama nya beberapa bulan yang lalu dengan berita yang amat menggembirakan seluruh ahli keluarga ku. perasan yang tidak boleh di ungkap kot, yela, sesuatu yang diidamkan sedari kecil akhir nya menjadi realiti. tapi belum serealiti yang real lar. baru di permulaan, banyak lagi yang perlu di terokai di pelajari di geledah oleh diri. medical student o.O wOw ! macam tak percaya kan. tak pernah terbayang terfikir yang diri ni akan melangkah mencecah meneroka bidang yang orang kata cukup dramatis tragis and lain lain. dah hampir setengah tahun dah di fakulti and dah banyak benda dah yang telah di pelajari and bakal ada banyak benda lagi yang akan di pelajari kelak. bersyukur sesangat sangat sangat pada Yang Esa kerana mengizin kan diri untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi tentang makhluk sebaik baik ciptaan NYA, manusia :') insyaALLAH, moga di permudah kan segala urusan, moga di restui segala perlakuan. aminnn. nanti kalau ada masa ada kesempatan and tambah satu lagi, kalau rajin (ngehngeh) bakal berfungsi bakal hidup lahhh balik kau yer zA. sorry sebab dah lama abai kan kau, cehhh ayat macam kau hidup jer kan. haha. okeyyy lar, need some rest, nak tidur dah sebab jam di lappy dah menunjukkan pukul 2 pagi... hah? 2 pagi? k fine, perlu tidur sekarang jugak sebelum roomate kesayangan kejut pagi nanti wa tak tersedar langsung nak bangun. hehehe, bukan liat nak bangun tapi tak tau kenapa bila roomate sorang ni kejut, susah bebeno nak bangun nya. haha. jumpa di lain entry yer zA. nah bait bait kata untuk kau :))