Adam.. Hawa.. watak utama dalam drama bumi.. melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan.. sentiasa berpasang.. InsyaALLAH.. di sana sini, di mana mana, watak itu wujud.. wujud dalam menjalankan lakonan nya.. berbeza Adam, berbeza la lakonan nya, begitu juga Hawa.. rambut sama hitam pada asal nya, tapi lain pada akhir nya..
Adam.. tahukah Hawa itu datang nya dari tulang rusuk mu.. Hawa teguh kerana tulang mu.. Hawa kuat kerana sentiasa ada bahagian kamu dalam diri nya.. Hawa kukuh kerana berdiri menggunakan tulang mu.. tapi, kenapa dihancurkan perasaan nya, kenapa dipermainkan hati nya.. sedangkan kamu Adam, mempunyai 9 akal.. 9 akal ini tidak cukupkah untuk kamu berfikir bagaimana perasaan Hawa pabila remuk hati nya kamu lakukan.. tidak cukupkah.. tidak rasakah kesakitan yang ditanggung Hawa setelah kamu berbuat demikian..
Adam.. sudahkah kamu temui tulang rusuk mu kembali? Hawa mu? jika sudah, jaga lah Hawa kamu sebaik nya.. kerana Hawa merupakan anugerah ALLAH yang paling bernilai untuk Adam.. Hawa adalah amanah ALLAH untuk mu.. menjaga nya, memimpin nya menjadi seorang yang solehah merupakan tanggungjawab mu.. bantulah Hawa jika Hawa memerlukan bantuan, pimpinlah Hawa jika Hawa memerlukan pimpinan.. kerana bila tiba masa nya, dengan izin ALLAH, Adam dan Hawa pasti akan bertemu.. InsyaALLAH..
Assalamualaikum.. :)
p/s : tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pergi meninggalkan kita..