Monday, 10 June 2013

Ramadhan tiba lagi !


Basmalah ditutur pembuka bicara, 
Assalamualaikum dititip permulaan kata, 
Sungguh diri hina lagilah dina, 
Tidak terlepas dari membuat dosa.

alhamdulillah, diri masih lagi diizinkan untuk menghirup udara segar di bumi nan indah ini. alhamdulillah, diri masih lagi diizinkan untuk menikmati panorama alam yang sungguh cantik ini. tiada ungkapan yang bisa diatur, tiada kata yang bisa ditutur. sungguh, hanya kata syukur senantiasa meniti di bibir atas nikmat yang diberi. tidak terkira betapa banyak yang telah diharungi. dari sebesar zarah hinggalah.. hanya DIA Yang Maha Mengetahui.  mudah mudahan diampunkan segalanya, mudah mudahan pintu itu masih terbuka untuk diri. 

"Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah akan menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Al-Ma'idah:39)

insyaAllah, dengan izin Yang Maha Kuasa, bulan itu pasti didatangi. hanya sebentar saja lagi. bulan yang penuh dengan barakah, yang penuh dengan keberkatan. kehadiran nya amatlah dinanti nanti. bulan yang dimana semua iblis digari. dari situlah ia menguji keimanan diri. menguji setiap nafsu dan gelora yang bertandang dihati. bulan yang teramatlah banyak keistimewaan nya. ganjaran yang diberi berlipat ganda dari kebiasaan nya. bulan di mana hadir nya satu malam yang bisa menggetarkan jiwa pabila diri melewati. malam Lailatul Qadar, moga dipertemukan kali ini. insyaAllah dengan izinNYA. 


“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara haq dan batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang berada pada bulan itu, maka hendaklah kamu berpuasa...” 
(Al-Baqarah:185)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?  Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) hingga terbit fajar." 
(al-Qadr:1-5)

Saturday, 1 June 2013

" rasa itu "

Perasaan itu.. perasaan yang telah lama menghilang.. yang telah lama bersembunyi.. kini kembali datang menerjah diri.. tanpa ada rasa segan dan silu.. tanpa ada sedikit pun perasaan malu.. entah dari mana muncul nya.. detik bila kedatangan nya.. mengapa hadir nya dia.. tiada siapa ketahui dan tiada siapa bisa mengerti.. kerana hadir nya jugak tidak diri ketahui.. dalam diam ianya hadir, mengetuk kembali pintu yang telah lama berdiam sepi.. dalam diam, dalam senyap, dalam waktu yang entah bila masa nya, sungguh diri tidak pasti.. perlahan lahan ia menyusup ke dalam diri.. sungguh, diri tidak menduga akan kehadiran nya kali ini.. terkadang bibir mengukir senyuman secara tiba tiba.. semua nya disebabkan oleh muncul nya perasaan itu secara tidak sengaja.. tidak pasti apa yang akan berlaku kepada diri.. dan tidak pasti juga adakah perasaan itu benar wujud dan terus berada di dalam hati.. atau ianya hanya datang untuk beristirehat seketika.. kemudian berlalu pergi begitu sahaja.. seperti tiada arah tuju gaya nya.. bila dikenangkan, kelakar sungguh pabila diri terlibat dalam rencah sebegini.. kerana semua nya tiba tiba terjadi.. mencari sesuatu yang tak pasti.. menanti sesuatu yang tiada siapa ketahui.. termasuk lah diri sendiri.. mungkin ianya tidak perlu difikirkan lagi.. buat ketika ini.. sungguh, DIA lebih mengetahui apa yang tidak diri ketahui..