Monday, 14 January 2013

Seorang Wanita Solehah dan Mukminah :')


PERMAISURI Asiyah ialah isteri kepada Firaun. Beliau dikahwini oleh Firaun sejak kecil lagi, iaitu ketika berusia 12 tahun. Ketika Firaun sedang hebat melancarkan pembunuhan anak lelaki Bani Israel beramai-ramai, permaisuri Asiyahlah yang menyambut Nabi Musa ketika dihanyutkan di Sungai Nil dan menahan niat Firaun untuk membunuh baginda.
Nabi Musa diambil sebagai anak angkat oleh permaisuri Asiyah dan Firaun sendiri. Permaisuri Asiyah telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Akan tetapi permaisuri Asiyah menyembunyikan keimanannya daripada pengetahuan suaminya Firaun.
Lama kelamaan, Firaun mengetahui juga bahawa permaisurinya telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Firaun menjadi murka terhadap Permaisuri Asiyah.
Lalu Firaun pun pergi menemui ibu Permaisuri Asiyah dan menceritakan bahawa isterinya itu telah menderhakainya. Mendengar akan berita itu, ibu Permaisuri Asiyah datang menemuinya,
“Wahai anakku, ikut sahajalah kehendak Firaun itu,” kata ibunya.
“Aku tidak akan sekali-kali kufur terhadap Allah SWT,” jawab Permaisuri Asiyah.
Permaisuri Asiyah tetap dengan keputusannya iaitu mahu beriman kepada Allah SWT. Pujukan ibunya itu tidak berhasil. Firaun sangat marah, lalu diperintahkan para pegawainya menyalib Permaisuri Asiyah di tengah-tengah kota Misra. Firaun mahu penduduknya melihat bahawa dia sanggup menghukum sesiapa sahaja yang menderhakainya walaupun permaisurinya sendiri.
Permaisuri Asiyah digantung di atas palang dengan dipaku tangan dan kakinya. Alangkah terseksanya Permaisuri Asiyah ketika itu, namun Permaisuri Asiyah tetap bersabar dan tetap dengan pendiriannya mahu beriman kepada Allah SWT.
Firaun tidak boleh menahan sabar, lalu diperintahkan para pegawainya menambahkan seksaan ke atas Permaisuri Asiyah. Permaisuri Asiyah dipaksa memakan roti barli yang masin dan dikoyakkan kulit kakinya.
Nabi Musa juga menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Permaisuri Asiyah, lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah SWT agar Permaisuri Asiyah diberi rahmat oleh-Nya. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa dengan mengarak awan agar melindungi Permaisuri Asiyah daripada panas matahari.
Dalam kezaliman Firaun, permaisuri Asiyah berdoa: “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang sangat zalim.” Demikianlah doa yang hebat daripada seorang wanita bergelar permaisuri. Biarpun beliau mampu untuk kembali kepada agama Firaun dan menikmati kemewahan di istana, beliau menganggap bahawa kemewahan itu bersifat rapuh dan hanya untuk sementara. Cintanya kepada Allah jauh lebih kuat serta memohon syurga di sisi Tuhan Yang Maha Kekal.
Permaisuri Asiyah diseksa oleh Firaun sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Firaun telah memerintahkan para pengawalnya supaya melontarkan sebiji batu yang besar bagi mengakhiri hidup permaisuri Asiyah. Akan tetapi, Allah SWT telah mencabut roh permaisuri Asiyah sebelum batu itu mengenainya.
[ Petikan dari Kisah 366 daripada Al-Quran ]

Sunday, 13 January 2013

fIrst Entry fOr thE nEw yEAr ^_^

Assalamualaikum !
oLla guyS :D long time no see ha. miss me *winkwink* haih, lama nya lar tak meng'update' zAzA ni kan. sejak tinggal kan zaman asasi sampai lar dah masuk ke zaman degree ni, dah masuk tahun baru dah pun, dah berumur dua puluhan dah pun walaupun baru 13 hari lepas berumur sembilan belas, haih tak berkesempatan jugak, ehh bukan, tak rajin sebenar nya nak menaip menekan keyboard ni sambil nak memikir memerah otak ayat ayat yang gramatis puitis and yang sewaktu dengan nya lar kan. panjang kau membebel jahhh -,-" oittt zA, a lot of things tau nak story kat kau ni, banyak sangat. sedih ada, pahit ada, manis ada, suka ada, duka ada, masam pun ada jugak lar. phewwww. tapi, benda yang lepas usah di kenang kan, tak baik di ingat kan, tak perlu di teroka lagi memori yang lalu kan. hmm :) so, sekarang ni kita perlu pandang ke depan, usah berpatah balik berpusing balik ke masa lalu yang sememang nya tak perlu di patah balik kan pun. and now, kita perlu bukak buku baru, tutup buku lama k ;) 
bermula lah chapter pertama nya beberapa bulan yang lalu dengan berita yang amat menggembirakan seluruh ahli keluarga ku. perasan yang tidak boleh di ungkap kot, yela, sesuatu yang diidamkan sedari kecil akhir nya menjadi realiti. tapi belum serealiti yang real lar. baru di permulaan, banyak lagi yang perlu di terokai di pelajari di geledah oleh diri. medical student o.O wOw ! macam tak percaya kan. tak pernah terbayang terfikir yang diri ni akan melangkah mencecah meneroka bidang yang orang kata cukup dramatis tragis and lain lain. dah hampir setengah tahun dah di fakulti and dah banyak benda dah yang telah di pelajari and bakal ada banyak benda lagi yang akan di pelajari kelak. bersyukur sesangat sangat sangat pada Yang Esa kerana mengizin kan diri untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi tentang makhluk sebaik baik ciptaan NYA, manusia :') insyaALLAH, moga di permudah kan segala urusan, moga di restui segala perlakuan. aminnn. nanti kalau ada masa ada kesempatan and tambah satu lagi, kalau rajin (ngehngeh) bakal berfungsi bakal hidup lahhh balik kau yer zA. sorry sebab dah lama abai kan kau, cehhh ayat macam kau hidup jer kan. haha. okeyyy lar, need some rest, nak tidur dah sebab jam di lappy dah menunjukkan pukul 2 pagi... hah? 2 pagi? k fine, perlu tidur sekarang jugak sebelum roomate kesayangan kejut pagi nanti wa tak tersedar langsung nak bangun. hehehe, bukan liat nak bangun tapi tak tau kenapa bila roomate sorang ni kejut, susah bebeno nak bangun nya. haha. jumpa di lain entry yer zA. nah bait bait kata untuk kau :))