Friday, 9 March 2012

Hati Itu .

"Aku wanita aku kaum Hawa yang memang rapuh hati nya".


Aku adalah seorang wanita, hadir ku dari golongan Hawa. Aku akui. Hati kaum Hawa itu sangat rapuh. Tidak kukuh binaan nya. Mungkin tiada konkrit dipacak bersama. Kerana itu ia mudah hancur. Mudah retak. Hati kaum itu mudah untuk tersentuh. Mudah untuk disentuh. Hati kaum itu sangat halus. Tidak diketahui betapa halus nya hati itu. Kerana itu. Hati itu mudah tersentuh. Mudah terasa dengan apa yang berlaku di sekeliling nya. Ada hati yang rapuh nya dapat dilihat secara terang. Ada juga hati yang rapuh nya tidak dapat dilihat. Tidak dapat diterokai. Hati itu dipanggil hati yang memendam. Hati yang tidak mahu hati lain tahu akan kerapuhan nya. Dipendam kerapuhan nya sehingga sarat. Sehingga ia sudah tidak mampu lagi memendam kerapuhan itu. Tidak kuat lagi untuk menampung kerapuhan itu. Lalu hanya satu sahaja yang dapat hati itu lakukan. Menangis. Hati itu akan menangis pabila ia sudah tidak kuat lagi untuk menyimpan kerapuhan itu. Menangis. Menangis. Dan terus menangis. Sehingga akhir nya hati itu akan merasa lega dengan sendiri nya. Tanpa bantuan dari hati hati lain. Hati itu memerlukan masa. Masa untuk tenang buat seketika. Lalu. Hati itu. Hati itu akan kembali pulih. Kembali pulih seperti biasa.

Thursday, 8 March 2012

Waktu ?



Aku perlu kan waktu .
Waktu untuk berfikir .
Waktu untuk menenangkan diri .
Waktu untuk bersendirian .
Waktu untuk mengerti apa yang sedang berlaku .
Waktu untuk memahami apa yang sedang aku lalui .
Waktu .
Waktu itu amat aku perlu kan.
Tapi . . .
Bila waktu itu akan hadir ?
Sekarang ? Esok ? Atau lusa ?